ZAKAT

SYARAT WAJIB ZAKAT:

Pertama - Islam
 Zakat diwajibkan ke atas orang Islam sahaja.Orang bukan islam tidak diwajibkan zakat.

Kedua - Merdeka
 Zakat diwajibkan keatas orang Islam yang merdeka. Hamba tidak wajib mengeluarkan zakat.

Ketiga - Sempurna Milik
 Harta yang dimiliki dan kuasai sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka dan bebas untuk menggunakannya.

Keempat - Cukup Nisab
 Nisab ialah kadar minima yang ditetapkan oleh syarak bagi sesuatu harta untuk dikeluarkan zakat. Kekurangan daripada kadar tersebut menggugurkan kewajipan berzakat.

Kelima - Sempurna Haul
 Harta yang telah cukup nisab hendaklah berada dalam pemilikan dan simpanan selama setahun iaitu pusingan 12 bulan tahun Hijrah (354 hari)

ZAKAT EMAS DAN PERAK:
Maksud emas dan perak ialah yang berbentuk barang kemas untuk perhiasan atau kegunaan perhiasan lain seperti patung, piala atau sebagainya yang dipamerkan.

Nisab Emas & Perak
Emas = 20 misqal / 25 mayam 2.7108 saga / 85 gram.
Perak = 200 dirham / 176 mayam 6.9732 saga / 595 gram.

Pengiraan
Emas dan Perak yang disimpan / tidak dipakai
 Iaitu yang disimpan dan tidak dipakai walaupun sekali dalam setahun. Sekiranya cukup nisbah 85gram (emas) atau 595 gram (perak) maka wajib dikeluarkan zakatnya 2.5% atas nilai emas dan perak tersebut.

Contoh pengiraan
 Jika emas yang tidak dipakai bernilai RM5,000.00 (pada nilai semasa) zakat yang wajib dikeluarkan ialah : RM5,000.00 X 2.5% = RM 125.00


Emas yang dipakai
 Emas yang dipakai samada sekali-sekala atau berterusan sepanjang tahun tidak dikenakan zakat KECUALI jika melebihi uruf (nilai pemakaian setempat yang dibenarkan) maka diwajibkan zakat atas lebihan daripada uruf tersebut.

Kadar pemakaian yang dibenarkan di negeri Johor ialah 850 gram bagi emas
Bagi perak tiada had maksima ditetapkan.